Digital Clock with Islamic Orname

Us

SEJARAH 

Pejabat Tourism Malaysia telah mula bertapak di Terengganu pada tahun 1979 dibawah pengelolaan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC) berpejabat di Wisma MCIS, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. En. Zainal Baba, Penolong Pengarah TDC telah dilantik sebagai pengarah pertamanya bagi menerajui pentadbiran dan operasi pejabat Terengganu. Sepanjang tempoh masa tersebut pejabat TM Terengganu terus dipertanggungjawabkan ke atas pembangunan dan kemajuan industri pelancongan di Wilayah Pantai Timur Semenanjung sehinggalah pejabat TM Negeri di Pahang dan Kelantan telah secara rasminya dibuka dimana pejabat TM Terengganu hanya bertanggungjawab ke atas negeri Terengganu sahaja.

Pada tahun 1997 pejabat TM Terengganu telah berpindah daripada bangunan MCIS ke bangunan Menara Yayasan Islam Terengganu sehinggalah sekarang. Mengekalkan fungsi dan identiti Tourism Malaysia sebagai badan promosi pelancongan, pejabat ini telah diberikan tanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat dan juga membantu kerajaan negeri di dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan di Terengganu ke serata dunia. Pelbagai program kesedaran dan promosi telah dianjurkan oleh pejabat TM Terengganu. Diantaranya ialah program Candat Sotong, Jejak Warisan dan Terengganu Riverhunt yang telah diangkat oleh Kerajaan Negeri sebagai program tahunan di dalam kalendar pelancongan Negeri Terengganu.

Pejabat TM Terengganu sekali lagi dipindahkan pada pertengahan tahun 2008 ke bangunan baru yang terletak Bangunan Kompleks Perniagaan Paya Keladi. Langkah ini telah diambil bagi meningkatkan lagi kecekapan pejabat di dalam melaksanakan tugas-tugas yang semakin mencabar ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan pelancongan. Hari ini, terdapat 16 kakitangan yang aktif mengatur dan menyusun program dengan sokongan daripada kerajaan negeri dan NGO di Terengganu.




CARTA ORGANISASI 2011




SENARAI BEKAS PELAJAR PRAKTIKAL DARI 2008-2010